LUAHAN HATI IBU BILA ANAK MENINGGAL DUNIA PADA USIA 59 HARI KERANA ANTI VAKSIN

MESTI BACA! LUAHAN HATI IBU BILA ANAK MENINGGAL DUNIA PADA USIA 59 HARI KERANA ANTI VAKSIN

| | | ADVERTISEMENT | | |
Banyak sudah kita baca mengenai kisah vaksin dan golongan anti vaksin. Sebenarnya golongan anti vaksin ini menganggap vaksin itu adalah rekaan daripada golongan tertentu untuk merosakkan orang Islam.
" );
(function() {
Baca Lag




| | | ADVERTISEMENT | | |
Banyak sudah kita baca mengenai kisah vaksin dan golongan anti vaksin. Sebenarnya golongan anti vaksin ini menganggap vaksin itu adalah rekaan daripada golongan tertentu untuk merosakkan orang Islam.

” );
(function() {
var nn = document.createElement(‘script’); nn.type = ‘text/javascript’;
nn.src = ‘http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js’;
var s = document.getElementsByTagName(‘script’)[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
})();
Ini kerana, mereka percaya vaksin dicipta daripada benda tidak halal dan sudah tentu ianya tidak sesuai untuk disuntik ke dalam badan dan sebagainya.
LUAHAN HATI IBU BILA ANAK MENINGGAL DUNIA PADA USIA 59 HARI KERANA ANTI VAKSIN 1
Beberapa pihak sudah tampil menjelaskan mengenai kepentingan vaksin. Antaranya adalah untuk mengawal penyakit dari merebak dan memastikan anak-anak tidak dijangkiti oleh virus merbahaya.
Dalam pada itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin baru-baru ini juga telah menyatakan ibu bapa yang menolak vaksin untuk mencegah penyakit berjangkit yang mengancam nyawa adalah berdosa.
Diharap penjelasan dan penerangan yang diberikan oleh beberapa pihak ini akan membuka mata mereka yang anti vaksin mengenai kepentingan suntikan vaksin dan kandungan bahan yang ada di dalamnya bagi mengelakkan kejadian yang berlaku kepada anak dibawah terus berulang.
Menurut seorang ibu bernama Rohaida Ramli, apa yang berlaku kepada anaknya menjadi pengajaran berguna kepadanya. Beliau telah kehilangan anak tercinta pada umur 59 hari kerana anti vaksin.
LUAHAN HATI IBU BILA ANAK MENINGGAL DUNIA PADA USIA 59 HARI KERANA ANTI VAKSIN 2
Anda boleh baca sepenuhnya kisah Rohaida dibawah:
Assalamualaikum.
Pertama sekali Al Fatihah untuk puteri kesayanganku Nur Hanny Saffiya yang telah kembali kepada penciptanya pada 21 November 2015 lalu pada usianya baru 59 hari.
Ibu dan ayah redha dengan ujian ini, satu kehilangan sangat menyedihkan. Sekelip mata segalanya berubah di mana hasil dari ‘results’ mendapati anak saya dijangkiti batuk kokol – patosis dari antivaksin.
Sangat mengejutkan kerana tidak sempat Hanny mendapat vaksin untuk bayi 2 bulan, keadaannya amat tenat dan yang peling memilukan selama 2 minggu saya menjaganya di hospital, saya terpaksa melihat Hanny dalam keadaan yang cukup menyayat hati.
Batuk yang berpanjangan sehinggalah Hanny diberi mesin bantuan pernafasan, namu akhirnya Hanny pergi jua setelah berjuang selama hampir 2 minggu.
Saya tidak dapat bercerita lagi kerana sebak bila mengingatinya, amat penting vaksin untuk anak, sedarlah ibu bapa diluar sana, berilah anak anda vaksin, jangan sidebabkan kedegilan anda, anak-anak akan menjadi mangsa.
Penularan pelbagai penyakit sekarang ini janganlah diambil muda hingga meragut nyawa orang lain. Setiap apa yang terjadi adalah ketentuanNya, kita hanya perlu berikhtiar dan berusaha, segalanya kita tawakal dan serahkan kepadaNya.
Semoga Puan Rohaida tabah dengan ketentuan Nya. Semoga kisah beliau juga jadi pengajaran kepada kita semua. Insya Allah.
Tags: anak meninggal dunia kerana vaksin, anti-vaksin, kesan vaksin, kisah vaksin, punca anti vaksin, vaksin
Category: INFO SEMASA
LUAHAN HATI IBU BILA ANAK MENINGGAL DUNIA PADA USIA 59 HARI KERANA ANTI VAKSIN    LUAHAN HATI IBU BILA ANAK MENINGGAL DUNIA PADA USIA 59 HARI KERANA ANTI VAKSIN Reviewed by AAA on 03:10:00 Rating: 5
Powered by Blogger.